edisi skodeng

Berita Semasa : Kedah Kekurangan Minyak Masak

Dinspirasikan Oleh MiSsKonsPiraSi on Jan 17, 2012

Plan nak masak ayam celpo tepung.Minyak masak habis la..Stok simpanan kat rumah ni pun dah tak ada..tiba-tiba di subuh hari itu, akue terima panggilan dari tok abah..katanya suruh akue pi beli minyak masak.Gulp (aku terus pelik bin heran) biar betul tak ada minyak kat negeri kedah sekarang?Sampai tuk ayah siap pesan berkilo-kilo minyak masak untuk dijadikan stok simpanan gitue.

Erk tak ker pelik dari jauh suh poskan minyak tue secepat mungkin.( kedah  banjir lagi ka? sampaikan kekurangan minyak masak?)Dengan pantas jejari runcing akue nie klik google search.Pantas sekali rasanya aku taip kekurangan minyak kat kedah,tudia rupanya cuma akue yang tidak peduli aka tak tahu perkembangan semasa.

Menurut pelbagai sumber yang telah aku rujuk setakat ini, rata-rata orang utara sedang merungut lah nie disebabkan kekurangan minyak masak dikawasan mereka.Kekurangan ini paling dirasakan sekali oleh mereka dari golongan yang berpendapatan rendah.Mana nak mampu beb masak guna minyak jagung atau olive oil dan pelbagai jenis minyak lainnya... yang sudah terang lagi nyata berharga mahal belaka.

kedah kekurangan minyak masak 
Dipendekkan cerita kata sanak saudara..rata-rata semua kedai runcit malah termasuk pasaraya kecik,shopping mall dan kedai serbaneka kehabisan stok minyak masak.Alkisahnya sama seperti didalam gambar diatas..semua minyak masak dari kelapa sawit habis dan setiap rak minyak masak yang selalunya penuh kini kosong.

minyak jagung 
Apa yang membimbangkan pengguna hanya minyak 'mahal' atau lebih tepat 'kata mak akue' minyak yang orang kaya guna jer yang tinggal berderet kat rak minyak minyak semua pasaraya tue...Antaranya minyak jagung,bijan,dan tak dilupakan minyak kegemaran akue time makan pasta..olive oil.

olive oil

Pelbagai cakap-cakap yang tersebar luas kita dengar disana-sini yang mengatakan kononnya itu semua propaganda sempena pilihan raya..Dimana kesahihannya hanya pihak tertentu yang mengetahui..Diharap agar penduduk aka rakyat negeri kedah agar dapat bersabar dan cuba gunakan altenatif lain.Contohnya menggunakan minyak jagung,marjerin,olive oil,santan kelapa atau pilihan yang paling menyihatkan kita semua just rebus/ buat sup ataupun panggang jer makanan tue kan senang.

Semoga pihak berwajib akan mendengar rintihan rakyat agar permasa'alahan ini tidak berulang lagi..kan ker sepatutnya keperluan asas seperti ini tidak sepatutnya habis atau tidak mencukupi dari permintaan rakyat yang menyadi pengguna..Kalau stok minyak dah tak ada dipasaran tidak mustahil harga makanan siap yang dijual kat restoran akan mengenakan harga yang tingggi dan secara tidak langsung akan membebankan rakyat...

renung-renungkan..

{ 0 Komen Penuh Konspirasi... read them below or add one }

Post a Comment

Ler..takkan tgk jer..baca full entri taw~~dan..komen ar.. komen la... komen please..please...baru MissKonSpiRASi Sayang u all =) muaahh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Konspirasi by Misskonspirasi